BERITA YOUTUBE

Loading...

16 April 2011

SALLEH JAFARUDDIN DIJANGKA TUMBANGKAN KETUA MENTERI SARAWAK

Oleh : Ppsemporna

“ Kalau Sabah Boleh Tumbangkan 2 Ketua Menteri BN , Saawak Juga Boleh!!!”

1.     Haris Salleh – BN ( Parti Berjaya )
2.     Bernard Dompok – BN ( Parti UPKO )

 Agi idup Agi Ngalaban Pejuangan Rakyat Sarawak“ ,
 Berjuang Tetap Berjuang Perjuangan Rakyat Sabah ”,
Lawan Tetap Lawan Perjuangan Rakyat Malaya


Salleh Calon Bebad Dun Balingian

Sehabat PPS , Salleh Jafaruddin Calon Bebas Dijangka Tumbangkan Taib Di Dun Balingian  dengan mendahului  % (Peratusan) Sokongan Mengatasi Calon BN dan Calon Pakatan mengikut Laporan KeAdilan Daily karangan Oleh : Anwar Ibrahim 15hb.April 2011.

Barisan Nasional diramal tumbang di Sarawak dengan hanya memenangi 21 daripada 71 kerusi yang dipertandingkan pada pilihan raya negeri itu, 16 April ini.
Malah, Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud juga diramalkan kalah dikerusi yang dipertahankannya di DUN Balingian.
Demikian hasil satu kaji selidik yang dilakukan Zentrum Future Studies, satu pusat penyelidikan bebas yang meramalkan isu sosial, politik dan ekonomi di masa depan.
Menurut hasil kajian tersebut, Pakatan Rakyat diramal berjaya memperoleh 31 kerusi, bebas 4 kerusi dan Parti Kebangsaan Sarawak, yang juga menentang BN sebanyak 15 kerusi dalam pilihan raya kali ini.
Kajian tersebut juga mendapati, Taib Mahmud hanya memperoleh 34 peratus sokongan di DUN Balingian, berbanding lawannya, Datuk Salleh Jafaruddin, yang juga sepupunya sendiri iaitu sebanyak 38 peratus.
Dalam perebutan kerusi yang sama juga menyaksikan calon KEADILAN, Suriati Abdullah dijangka menerima sekurangnya 28 peratus sokongan.
Dari segi Persepsi kepercayaan politik mengikut kaum pula, Pakatan berjaya meraih sokongan dari kaum Melayu dan Melanau dengan meraih 40 peratus sokongan, SNAP dengan 10 peratus dan masing-masing Parti Cinta Malaysia (PCM) dan bebas hanya satu peratus.
Data dari statistik itu juga menunjukkan BN ditinggalkan jauh di tempat kedua oleh Pakatan yang memperolehi 46 peratus sokongan masyarakat cina dan BN dengan 34 peratus.
SNAP sebuah parti kaum Dayak di Sarawak pula mengungguli sokongan kaum Iban apabila dijangkakan mampu meraih sokongan sebanyak 38 peratus manakala Pakatan di tempat kedua dengan 32 peratus.
BN yang mengekori di tempat ke tiga bagi persepsi sokongan kaum yang sama pada ketika ini meraih sebanyak 23 peratus sokongan dan bebas dengan tujuh peratus.
Pakatan sekali lagi meraih populariti tinggi apabila diramalkan menerima sokongan terbanyak di kalangan pengundi kaum Bidayuh dengan 40 peratus manakala SNAP mengekori rapat di tempat ke dua dengan 38 peratus.
Menurut hasil kajian PRN Sarawak prediksi period 1 itu lagi, Pakatan pula memperolehi 36 peratus dan SNAP pula sebanyak 10 peratus juga bagi masyarakat Orang Ulu.

LAPORAN KHAS :-
Laporan Sekitar Pilihanraya Sarawak anjuran Parti Altenatif
KEBANGKITAN RAKYAT SARAK

Perjuangan Rakyat Sarawak 15.04.2011 - NGALABAN 1

Perjuangan Rakyat Sarawak 15.04.2011 - NGALABAN 2

Perjuangan Rakyat Sarawak 15.04.2011 - NGALABAN 3


Perjuangan Rakyat Sarawak 15.04.2011 - NGALABAN 5

Perjuangan Rakyat Sarawak 15.04.2011 - NGALABAN 6

Perjuangan Rakyat Sarawak 15.04.2011 - NGALABAN 7

Perjuangan Rakyat Sarawak 15.04.2011 - NGALABAN 8

Perjuangan Rakyat Sarawak 15.04.2011 - NGALABAN 9

Kepada Rakyatt Sarawak

- SELAMAT MENGUNDI DAN MENUNAIKAN  TANGGUNGJAWAB ANDA - 

Perjuangan Rakyat Sarawak 15.04.2011 - NGALABAN 4